Tuesday, May 10, 2011

1972 - Tragedi Feri Karam Sungai Krian



Kejadian berlaku pada 13 September 1972 di Parit Buntar Perak.

Pada waktu itu jambatan yang merentangi antara dua negeri iaitu Perak dan Kedah, masih belum lagi dibina. Jadi, penduduk setempat tiada pilihan lain kecuali terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang alik ke kedua-dua tempat tersebut.

Dengan menggunakan kabel yang diregang dari hujung kehujung, feri tersebut terpaksa menampung beban muatan yang kadangkala berlebihan, yang dihasilkan dari pelbagai jenis kenderaan seperti lori balak, lori ikan, kereta, motosikal, bas sekolah dan juga pejalan kaki.

Pada hari kejadian tersebut berlaku, hujan turun dengan lebatnya. Ketika feri sedang merentasi dari arah Bandar Baharu, salah satu dari kabel tersebut telah terputus dihentam oleh arus sungai yang deras.

Feri tersebut akhirnya karam. Seramai 27 orang kebanyakannya pelajar yang berada di dalam bas sekolah telah menjadi korban. 17 orang murid sekolah(SMJK Kerian) telah terkorban.

Waktu itu ada seorang remaja Tionghua telah berjaya menyelamatkan beberapa orang mangsa. Kerana keberaniannya, remaja lelaki tersebut telah dikurniakan pingat Hang Tuah pada tahun berikutnya.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parit_Buntar
http://fakurpunyasampah.blogspot.com/2009/02/september-dalam-kenangan.html
http://krian_wdt.tripod.com/bm/sejarahsekolah.html
http://www.facebook.com/topic.php?uid=136798489699957&topic=90

No comments:

Post a Comment